Saya terpanggil untuk berkongsi dengan perkataan ini sebab ada yang ingin tahu apakah Ts yang ada dihadapan nama saya dan bagaimanakah ianya diperolehi. Memang ianya seperti orang lain mendapat Dr jika kita selesaikan membuat PhD atau Jurutera dengan gelaran iR nya. Manakala Ts ini adalah Profesional Technologist dimana ianya adalah menjadi penunjuk yang kita adalah pakar dalam Technologi tersebut.
Dimana kita akan membuat permohonan Ts ini? Ini dia portalnya :-
2. Kita perlu menjadi keluarga MBOT. Daftar dulu sebagai ahli MBOT dengan bayaran RM50 ringgit sahaja.
Dapatkan dulu Graduate Technologist dengan MBOT.
Selepas kita telah menjadi keluarga MBOT barulah kita lengkapkan permohonan kita kepada Profesional Technologist ini. Jika permohonan kita lengkap dan kemas kita akan dipanggil temuduga dengan bayaran RM600.00 tapi bayaran ini belum lagi menentukan kita akan diterima atau tidak.
Setelah kita diterima menjadi Ts, kita pastikan point CPD kita akan mencukup apabila kita membuat pembaharuan Ts kita itu nanti. Jika perlukan khidmat nasihat untuk Ts ini boleh email kepada saya di jebatlegacy@gegkotakinabalu.edu.my