Kembali bersama kopi bila hujan turun tidak berhenti membasahi ruang ini. Lama bicara ini terhenti sebentar sementara menunggu kopi yang dipesan siap untuk dinikmati. Kopi ini memang satu minuman yang kadang menjadi aroma terapi buat kita yang suka membaca.
Dunia ini terlalu pantas bergerak. Disebabkan kepantasan ini kadang kita lupa kelmarin itu adalah perkara paling jauh kita tinggalkan. Didepan akan jadi lebih tenang bila kita faham sebenarnya Allah mahu kita dekati dirinya dan kongsikan cerita cerita itu dalam doa untuknya.
Kopi ini semakin sedap bila suasana dingin hujan ini cukup terasa. Idea untuk Google berkembang hebat bila dapat bersama sama Google Malaysia pada 28 Ogos 2023, dulu hanya saya cari di peta Google dimanakan letakkannya Google Malaysia ini. Tidak terlintas untuk saya berada disana dan menjadi keluarga kecil walaupun hanya menjadi pemimpin kepada Google Educator Groups Kota Kinabalu bermula Jun 2022 yang lalu.
Saya temui perkataan Googleyness. Ini buat saya teruja ingin memahami dan bekerja dengan perkataan itu. Dalam perjalanan mengenali Google ini saya diberikan satu rangkaian yang sangat besar. Memang ini adalah satu permulaan yang baru buat saya.
Permulaan ini menemukan saya, satu rangkaian rezeki yang cukup unik betapa luasnya rahmat dan isi dunia yang Allah miliki.