Masa dan Endgame
Satu dunia menunggu dengan masa yang mereka ada pada movie yang bernama Avengers Endgame. Semua topik dialihkan hanya kerana mengupas apa yang bakal ditamatkan dalam cerita Endgame ini. Satu perkataan yang ada dalam cerita ini yang sangat penting buat semua manusia adalah masa. Dalam pembukaan cerita pun telah terlihat bagaimana masa lalu itu menghantui mereka yang tewas di dalam cerita sebelum ini. Namun demikian mereka yang tidak faham dengan bagaimana sifat masa cuba dan terus mencuba kembali dengan masa ini untuk membuat satu perjalanan masa yang baru untuk mengatasi kesilapan mereka dicerita yang lalu. Satu sifat terpuji yang memang perlu kita ada untuk dicontohi daripada cerita ini adalah tidak pernah putus asa untuk berusaha mengembalikan kesilapan lalu untuk membetulkan ada yang telah masa lalu ada.
Setiba dipejabat, topik ini juga kedengaran menjadi bualan rakan. “tapi ending tu bah bikin panas, Ironman mati bah” kata rakan yang sangat sayu dengan kematian watak kegemaran mereka. “Ya bah, tapi mesti ada sambungan tu pasal macam ada bunyi besi di ending movie tu bah” balas rakannya yang sambil membuat analisa apa yang bakal Marvel lakukan selepas endgame ini. Saya boleh simpulkan : –
- Perlu ada perancangan
- Mesti ada pasukan yang satu hati
- Berani membuat andaian
- Semangat yang tinggi
- Selalu berfikiran positif
- Sukar mengalah
Ini yang dapat dilihat daripada apa yang ingin disampaikan dalam mencapai cita cita dan perancangan apa juga yang telah dirancang. Seperti kata kata Steve Roger “what ever its takes” memang mengambarkan apa sahaja risiko yang bakal mereka hadapi mesti dihadapi demi untuk satu kejayaan walaupun peratus untuk mereka menang menentang Thanos itu hanya 1 daripada 14 Juta percubaan. Ini sangat penting dalam menaikkan semangat mereka.
Masa adalah satu perkara yang memang tidak akan berulang, jika kita tidak menggunakannya dengan baik dia akan menikam kita. Didunia ini kita hanya diberikan peruntukan waktu sebanyak 24 Jam , 60 minit atau 86,400 saat