Pulau 2020
2020 Kita Bertanya
Kinabalu Photo Festival 2019
Iphone X, Masa dan Pantas
jebatlegacy.my & Salam Maulidur Rasul

Pulau 2020

CABARAN

Dengan berkat laluan ke pulau ini mengambil masa 10 ke 15 minit untuk melihat anak anak ini mendapat ‘pendidikan untuk semua’ begitu dedikasi para warga pendidik untuk memastikan mereka sampaikan pengajaran yang telah disediakan.

RMT terbesar disini bertujuan membantu anak anak yang tidak berkemampuan di disini berjalan dengan baik dan lancar. Bantuan ini supaya terima kasih itu datang daripada ibubapa mereka betapa memastikan anak mereka selesa dalam melayari pendidikan ini.

Melihat pulau ini mengingatkan karya “Pulau Sampah” yang disampaikan oleh Sufian Ahmad. Terlihat bagaimana sampah disekat untuk menjadikan pulau ini bersih seperlunya. Sekolah ini juga tidak mahu bertemankan sampah. Pendidikan akan dapat mengubah segalanya dengan masa dan sabar.

HARAPAN

Kita mahu lihat mereka juga faham apa yang kita ada` Pendidikan ini pasti boleh melihat kotor menjadi bersih, bodoh menjadi pandai, lupa menjadi ingat, benci menjadi sayang, kabur menjadi terang, lapar menjadi kenyang dan paling perlu adalah sombong menjadi tawaduk. Bilik ke bilik punya doa yang sama, untuk satu perubahan yang lebih baik. Harapan ini akan terus disambung dari generasi ke generasi untuk satu erti manafaat.

Pulau Gaya
3 Januari 2020
Pendidikan Untuk Semua

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *