GENERASI
Pagi ini terasa kenderaan keluar lebih banyak dan awal daripada biasa. Kelihatan sudah berdiri anak anak berpakaian seragam untuk menyambung perancangan 2020 ini.
Setelah instrumen semakan ditangan, terus hadir untuk melihat segala persediaan menghadapi 2020 dilokasi yang punya pelbagai cabaran itu. Pintu keluar masuk tetamu ke pejabat untuk urusan murid yang masih terus bergerak. Alhamdulillah, masih dapat merasakan nikmat perkataan 2020 yang dulunya dirasakan teramat jauh.
Pada perkiraan masih ada lagi internet yang belum cukup kuat di arena 2020 ini, kadang sedih mendengar “terpaksa kami pakai data sendiri kerana kuota diberikan tidak mencukupi” . Kemahiran dan kreativiti menyelesaikan masalah seperti ini juga perlu dipelajari.
2020 melihat wajah anak anak mahu belajar, wajah bakal menyambung wawasan 2020. Penuh senyum dan penuh tanda tanya kenapa saya datang. Cukup gembira dengan jawapan mereka ” Walaikumsalam, cikgu”
Saya bertanya ” Siapa sudah ada smartphone disini?” memang soalan menduga mereka dan hampir 70 peratus mengangkat tangan menunjukan ini sudah menjadi keperluan. Tiba tiba, terdengar jawapan “Ada tapi hilang” reaksinya juga agak berbeza nampak kecewa. Saya cuma tersenyum.
Disudut lain mendengar cerita pengurusan yang melibat seisi warga untuk kepentingan sekolah. “Cikgu ini ada masalah” saya dengar dengan membayangkan bagaimana lah nasib muridnya nanti sehingga teringat “bila cikgu kencing berdiri, anak murid pasti kencing berlari” Semua ini akan memperlihatkan masalah yang perlukan intervensi penyelesaian bersama.
Loceng akhir berbunyi, rupanya dipagar kelihatan ibu dan bapa datang dengan penuh harapan melihat anak ini turut merasakan pendidikan untuk semua.
TUGAS
Meja menatap papan kekunci menyiapkan laporan 2 Januari 2020 dan lengkap plan perancangan untuk persediaan 2020 sehingga hati saya tersentak bila terbaca
“maka dengan hati yang redha walaupun berat, saya, Maszlee Malik, dengan ini meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia, berkuatkuasa 3 Januari 2020”
siapa, apa, kenapa, mengapa, dimana, bagaimana bermain difikiran dan Pendidikan Malaysia memulakan segalanya dengan penuh pertanyaan.
Kota Kinabalu
2 Januari 2020