Pulau 2020
2020 Kita Bertanya
Kinabalu Photo Festival 2019
Iphone X, Masa dan Pantas
jebatlegacy.my & Salam Maulidur Rasul

Kinabalu Photo Festival 2019

Cerita hari pertama 1 Disember 2019 – Kinabalu Photo Festival 2019

Saya mulakan dengan cerita hari pertama 1 Disember 2019 KPF, semua hadir berkumpul untuk satu tujuan iaitu mencabar diri mencari sesuatu yang baru dalam pengetahuan yang mereka sudah ada. Banyak muka baru yang baru saya kenali dan temui secara live berhadapan dengan saya. Ada yang blur, ada yang sudah ada keyakinan dalam diri dan ada juga yang baru mencari diri dalam daerah yang baru dia fahami.

Semangat hari pertama memang sangat berlainan dengan 4 siri KPF yang lalu, yang hadir kali ini jejiran asia tenggara yang bakal membantu KPF. Mereka turun bersama melihat persediaan akhir pameran KPF yang disusun atur oleh team Yuzie Yusoff Khairil Anwar Suhaili Eddy Lan EfenDi penyampaian yang berbeza kali ini menyebabkan persembahan pameran KPF sangat berlainan.

AJK dan Volunteer KPF sudah bermula seawal hari pertama lagi berkampung dilokasi KPF19, seperti hadir untuk satu perayaan pelbagai cerita keluar daripada lokasi masing masing. Dengan cerita Abd El-Salam om yang menang pertandingan photostory anjuran DBP, cerita roti cobra Muhammad Afif keluar kembali, cerita bekas pemangkas Awgku A. Fairuz pun masih kedengaran begitu juga cerita Rania Mj dengan ‘tunjukkan gambarmu’ jadi sebut sebutan.

Bila melihat diluar Pejabat Operasi JPC rupanya senja sudah mula berlabuh, saya lihat banyak generasi baru sudah jadi pelapis dalam pelbagai tugasan dalam KPF seperti yang kita bincangkan 10 tahun lalu Shamshahrin Shamsudin. Mereka yang mahu lihat KPF ini bergerak dan sukses. Tiba tiba fikiran saya terhenti bila Lan EfenDi memberitahu saya acara Forum Hakcipta mahu bersedia tidak lama lagi kemudian talipon saya berbunyi daripada Mudasser Mubarak memberitahu Agah Permadi Abigael Ati dan Ahmad Salman telah selamat sampai. Baiklah ! itu tandanya saya perlu memulakan majlis. Dengan permulaan Bismillah, saya melangkah.

Cerita hari Kedua 2 Disember 2019

Cuaca yang begitu baik bagaikan memahami yang kami akan memulakan sesuatu yang baru hari ini. Terkejut seawal jam 440 pagi kerana bunyi nafas yang kuat bergema di bilik warga No 5 atas Masada Bed & Breakfast menjadikan peluang untuk kami menghayati suasana subuh berjemaah dan terus sarapan pagi di meja utama yang bakal menjadi medan peluh dan sejuk dalam diri apabila KPF sudah memanaskan diri.

Dishah Jailani Boom Ninesix Lan EfenDi Azhar sudah mula bersiap sedia untuk menulis nama para peserta yang akan memulakan sesi pada bila bila masa bergantung pada mentor masing masing.

Pesanan, peringatan, motivasi telah saya berikan kepada para peserta serta mentor seterusnya. Saya lihat wajah mereka masih bersih dan semangat. Moga ilmu ini bermanafaat nanti.

Tiba di Pejabat Operasi JPC makanan JPC dan AJK daripada tajaan Restoran Sinar Mustika telah pun disusun rapi menunggu kami makan, terima kasih Yuzie Yusoff yang singgah untuk makanan tersebut.

Telah kedengaran azan daripada Masjid sebelah memberitahu kami perlu berhenti sekejap. Bilik Operasi JPC penuh dengan pelbagai barang dan rakan. Di utara Dishah Jailani, Di selatan Armel Zai Zai II , Di timur Boom Ninesix dan Di Barat Lan EfenDi Setiap zon ada penjaga garisannya. Semuanya kuat makan.

Suzieyana Mohamad Sha masuk dan beritahu ‘Alhamdulillah, mentor saya suka idea saya’ , wah tak lama lagi boleh sudah mula memburu foto dan membuat foto tersebut. Alip Chan Abd Rahman bagai ada yang tersekat tapi dilihat daripada matanya dia boleh melepasi zaman patungnya bersama Shamshahrin Shamsudin dan kali ini Ahmad SalmanRawellang yang disitu macam orang hilang punca bagaimana mana mahu bermula. Bermula sudah wajah mereka dipenuhi tulisan formula masalah yang perlu diselesaikan. Berdiri dihujung karpet kuning si Noraynee Roslan yang macam tiada perasaan melalui semua ribut ini. Hati saya berkata ” ianya telah bermula”

Laluan belakang ke Masada menjadi keutamaan, jam hampir 7.00 malam untuk seterusnya kami perlu bersedia untuk makan malam semua AJK dan Mentor di Grill Patio Burger. Memang tidak sia sia bawa semua mereka kerana semuanya licin. Terutama Awgku A. Fairuz bagai Jentera pengisar. Selesai sahaja ada yang beredar balik, ada ke Dada Kota Kinabalu sewaktu ini menyelam bundle, ada yang berdiri berbincang dimana kita mahu membawang Abd El-Salam Khairil Anwar Suhaili Eddy Alip Chan Abd Rahman dan ada juga yang berdiri sendiri sambil menikmati asap vape.

Jam hampir 12 malam, mereka ini masih segar.Cerita ini makin menarik.Peserta bengkel Shamshahrin Shamsudin dan Ahmad Salman sudah mula melihat lihat dinding dan berkata sendiri. Saya mula senyum sendiri. No Pain No Gain, No Pain No Gain No Pain No Gain No Pain Gain fikiran saya berjalan.

Cerita Hari Ke 3 KPF19 3 Disember 2019

Seawal pagi meja utama Masada penuh dengan rakan rakan bersarapan dan mula bercerita macam macam dengan peristiwa semalam.Kedengaran komen positif Grill Patio yang sedap.

Semua kelam kabut bila group Agah Permadi mahu bergerak ke station keretapi untuk ke Beaufort awal pagi ini. Abigael Ati juga ikut sama untuk merasai pengalaman ke Pekan kecil Beaufort.

“Oit ! mana Mazlan Jimmy” mencari Lan EfenDi. “Baru mandikah, adui Grab mahu sampai sudah nie” macam ketua darjah sudah si Lan masa ini.

Nampak wajah wajah mereka yang tidak sabar untuk memulakan aktiviti ini. Tambah lagi bro Shahrul Mohd Zain yang pertama kali menaiki keretapi ke Beaufort.

Tinggal kami di depan pintu masada yang masih bercerita lagi tentang aktiviti seterusnya.

Bermulalah hari yang benar benar menekan ego, bila ada peserta ditolak tajuk kajian mereka. Mula terkesan dengan apa yang mereka pelajari dan ingin kuasai. Namun mereka mula faham bukan semudah ABC untuk menjadikan emosi dan suara itu dipindahkan ke foto.

Tugasan di bilik operasi JPC berjalan seperti biasa, Dishah Jailani Boom Ninesix Armel Zai Zai II dan Azhar menjadi pengerak. Boom Ninesix sudah beberapa kali membuat kopi kerana bilik operasi tersebut telah mula ramai. “cikgu, kopi kita habis” suara Boom Ninesix memberitahu.

Cerita peserta ketinggalan keretapi telah sampai kepada saya. Ini boleh jadi pemanis cerita mereka nanti. Lan EfenDiMazlan JimmyShahrul Mohd Zainl dan Ali Mohd tewas di Beaufort, manakala yang lain sudah lepas tapi Abigael Ati ketinggalan Satay Brunei untuk Ahmad Salman. Terima kasih Ag Shahrin Ag Ahmad kerena singgahkan rakan rakan yang tertinggal tersebut.
Hari ini sahaja sudah banyak cerita boleh saya catat.

Pesanan saya dilaksanakan oleh AJK telah bersedia seawal jam 630 petang untuk membuat pengujian microphone di Auditorium supaya acara Talk Sharing daripada Sabah Stargazers dan Irwan Idris untuk Video Influencers berjalan dengan baik dan lancar.

Kembali ke penginapan seperti biasa masih penuh pintu depan dengan para peserta berbincang soal tajuk, soal konsep dan soal fokus. Di Meja Utama penuh rakan rakan cerita ketinggalan keretapi pun ada, cerita satay brunei yang hilang lesap, cerita kena tukar tajuk pun mula kedengaran tiba tiba Rawellang bercakap “bang jebat, saya kena tukar tajuk”. Team Suzieyana Mohamad Sha Alip Chan Abd Rahman Muhammad Afif Noraynee Roslan bagai sedang mencari sesuatu.

Bilik No. 5 dan Wanwaris Ibrahim mula ajak bercerita, saya lihat jam sudah menunjukan hampir jam 1 pagi. “wan pergi turun ko, mahu tidur kami nie. Awal bah bro cerita cerita lagi kita” . Akhirnya dia akur tidak mampu mengacau saya yang mahu berehat dan esok saya dengar topinya tertinggal dibilik kami.

Hari ini banyak perkataan ‘ketinggalan’ yang saya catat. Saya terlelap.

 

Cerita Hari Ke 4 KPF – 4 Disember 2019

Semua sudah berjalan dengan lancar apabila melihat semua AJK sudah mula menjalankan tugas masing masing. Memang ini tujuannya mereka dapat belajar bukan sahaja fotografi tetapi juga mengurus dan mendidik merentasi pendidikan melalui fotografi. Sara Nordin telah mula bersama sama Dishah Jailani Armel Zai Zai II Boom Ninesix untuk melicinkan lagi perjalanan KPF hari ini.

“Aku geramlah Jebat ” awal pagi lagi Hj Shamshahrin Shamsudin sudah geram dengan pesertanya yang agak slow dan kurang kreatif dalam membuat gambar. Saya hanya berkata “kenapa lagi tu bro sham?” Nampak pada wajah bro sham agak geram.

Semua wajah ketat, semua wajah pekat, semua wajah masam terutamanya pada para peserta Shamshahrin Shamsudin Ahmad Salman bukan kerana mentornya garang tetapi kerana masa yang makin laju untuk memotong mereka pada bila bila sudut untuk menyelesaikan tugasan dan esok wajah wajah ini akan bertambah bila Bengkel Taufan Wijaya akan bermula. Kota Kinabalu turut hujan bagai memahami bagaimana perasaan peserta KPF ketika itu. Sambil terdengar lagu Antara Anyer Dan Jakarta saya tersenyum.

AJK bersedia untuk Photo Screening yang terpaksa dipindahkan ke Level 9 kerana cuaca yang kurang sesuai untuk acara luar. Ag Shahrin Ag Ahmad dan team bersedia , Yuzie Yusoff juga mengambil peranan. Awgku A. Fairuz Abdul Rozak membuat percubaan teknikal yang tidak henti.

Hari ini adalah kali pertama saya temui Taufan Wijaya setelah menjemput dia dari lapangan terbang setibanya seawal jam 7 malam. Ini juga kali pertama Taufan Wijaya datang ke Kota Kinabalu . Terima kasih Mudasser Mubarak kerana sudi menemani saya ke Lapangan Terbang serta menutup kedai awal sedikit untuk membantu Kinabalu Photo Festival

Saya tiba bersama Taufan Wijaya di Masada dan ketika itu ruang diskusi panas Masada sudah mula dipenuhi dengan Ahmad Salman Shamshahrin Shamsudin Agah Permadi pada ketika dan saya terus bergegas ke Photo Screening untuk melihat perkongsiaan daripada Ahmad Jimmy yang menyentuh tentang wedding daripada sudut Photojournalism, begitu juga dengan Wanwaris Ibrahim yang berkongsi tentang Tanah Merah, Sandakan daripada sudut pendekatan Street Photography, terlihat disudut sana abg Ahmad Safir A Gani yang banyak melontarkan pertanyaan bertubi untuk sesi tersebut. Sharing daripada 24HourProject dan perkongsiaan pengalaman bekas peserta 2016 KPF turut dipertontonkan. Yuzie Yusoff Awgku A. Fairuz

Macam nda selesai mereka di Masada Bed & Breakfast setelah semua Mentor duduk dimeja utama Masada untuk sesi kritik termasuklah Taufan WijayaAhmad Salman dan Agah PermadiSuzieyana Mohamad Sha telah seram sejuk tetapi dikejutkan oleh team Jebat Photography Club dengan kek hari jadinya yang datang tiba tiba. Ini mesti aturan mereka Ag Shahrin Ag AhmadDishah JailaniBoom Ninesix Rawellang. Terima kasih Burhan dan Kasturi yang mendapatkan kek untuk kejutan tersebut. Rawellang masing dalam tekanan yang tidak ada hujungnya seperti diwajahnya terlalu berat bebanan untuk menyelesaikan tugasan ini.

Saya terpaksa balik untuk memberikan makan kucing kucing AP, Combi dan Betty. Sekembalinya ke Masada, mereka masih berdiskusi dan jam sudah menunjukkan hampir jam 1 pagi. Inilah seminggu dimana Masada Bed & Breakfast tidak tidur.

Disudut lain peserta Taufan Wijaya pasti sudah bersedia untuk esok, moga mereka juga tidak akan bercakap sendirian dan banyak termenung seperti peserta bengkel yang lain. Waktu untuk berehat disudut sana masih lihat Khairil Anwar Suhaili Eddy yang masih mencari diri. Hati saya berbisik moga ko temui sentuhan ko AD tanpa sedar terkejut dengan angin kuat nafas bilik No 5, rupanya sudah dihari yang baru.

Cerita Hari Ke 5 KPF 5 Disember 2019

Pagi

Hari ini Bengkel Taufan Wijaya bermula, peserta Taufan yang sudah lama sampai di Kota Kinabalu sudah tidak sabar untuk bersama Taufan Wijaya yang cukup terkenal dengan buku penulisannya Photo Story. Bengkel pun bermula.

Kesibukan AJK nampak jelas diraut wajah mereka tetapi sekali sekala dipecahkan dengan ketawa oleh tuturkata Boom Ninesix. Makanan sampai untuk semua JPC, bermaksud masa sudah hampir Zohor. “Semakin cepat masa berdetik” bisik saya.

Pertama kali Taufan turun ke level 9 duduk bersama saya dan bertanyakan pelbagai tentang Kota Kinabalu dan yang berkaitan. AJK dalam bilik operasi JPC terus membuat tugasan masing masing dan hanya berhenti bila kedengaran azan Zohor berkumandang.

Tengahari

KPF berjalan seperti biasa cuma agak stress adalah para peserta Ahmad Salman dan Shamshahrin Shamsudin yang mana masih ada mencari diri dalam foto yang mereka sediakan dan bakal dibentangkan setiap hari apabila selesai ianya dilaksanakan. Tiba tiba Rania Mj menyapa dan menyampaikan sesuatu bahawa ” lain sikit aura kelas Taufan Wijaya ini chief” saya cuma menjawap “fokus dengan apa yang ingin disuarakan”

Petang

Saya maklumkan kepada AJK untuk bersedia Photo Screening di level 9 sahaja kerana cuaca masih tidak menentu diluar untuk aktiviti luar. Nasib baik kertas printing yang kami gunakan adalah yang terbaik untuk dipamerkan, terima kasih Cfu Printing Advrtising. Jika ditanya, memang foto ini boleh dibeli sahaja perlu hubungi kami atau direct kepada pemiliknya. Jika dengan kami, separuh daripada jualan itu kami akan berikan kepada rumah anak yatim yang tidak berkemampuan.

Malam

Romi Perbawa sampai malam ini di Kota Kinabalu untuk acara Photobook Show semasa KPF yang akan berlangsung esok malam. Sangat berterima kasih dengan Romi. Sharing KPF dimulakan oleh Ag Shahrin Ag Ahmad dengan kemudahan fotografi yang sangat mendapat tempat sekarang iaitu drone. Kelihatan Sipitang dan Bintulu yang dipersembahkan olehnya. Awgku A. Fairuz dan Yuzie Yusoff juga memberikan perkongsian bagaimana dapatan pengalaman mereka semasa 2016 mendapatkan photo story. Kadang hairan juga ada yang membuat photo story hanya dengan 3 sehingga 4 keping foto sahaja malah ikut pameran lagi, saya beranggapan mereka belum tahu, kadang sedih juga tengok mereka ini “sudahlah ndak tau mahu lagi mengajar orang yang tak tahu” teringat kata kata Ahmad Salman yang dishare oleh Suzieyana Mohamad Sha dan rasanya dulu Abd El-Salam juga pernah kongsi perkara ini “Ibarat kamu tenggelam ke dalam sungai lalu cuba menggapai ranting-ranting tapi kamu tetap tenggelam”.

.

Masada Bed & Breakfast masih jadi medan tekanan untuk para peserta, muka para peserta Taufan sudah mula ada geloranya walaupun Aidi Sapri Fariz Faizal Leonard Sabinus sudah bersedia dengan tajuk esok hari tetapi tiada yang tahu adakah tajuk itu diterima atau tidak. Disudut sana, Review foto bro Shamshahrin Shamsudin jam 12 pagi, wah ini betul mentor yang sangat serius memastikan pesertanya dapat yang terbaik.Menggunakan semua masa yang ada. Cara tersendiri mentor mentor ini menyebabkan KPF ini jadi unik malah jika tugasan yang diberikan tidak selesai dan tidak diperakui oleh mentor menyebabkan peserta pulang tanpa sijil daripada KPF. Harapnya ini tidak berlaku kali ini.

.

Saya tinggalkan mereka dengan perasaan masing masing walaupun dimeja utama Masada saya nampak Dishah Jailani Azhar Boom Ninesix dan Awgku A. Fairuz masih makan. Ini betul betul ‘cheat day’ untuk mereka. Alhamdulillah Khairil Anwar Suhaili Eddy belum berirama sebab ada review foto dengan Shamshahrin Shamsudin. Sebelum dia mula berlagu bagus saya lelapkan mata dulu. Sambil teringat cerita P Ramlee “nak cari kayu, nak cari kayu, nak cari kayu nak cari kayu”

Cerita Hari Ke 6 KPF 6 Disember 2019

SURAM

Suram wajah peserta Taufan bila tajuk yang dikaji telah mula ditolak kerana sebab teknikal yang tidak sesuai. Saya lihat Fariz Faizal tenang, mencari apa yang boleh dijadikan kajiannya untuk disampaikan melalui bahasa visual. Daripada sudut bengkel Shamshahrin pun semakin kusut Rawellang seperti kucing kehilangan anak pun gaya dia. Reks Rekster jalan terus tanpa melihat lagi kiri kanan dan sebelahnya ada orang atau tidak. Dalam tekanan semua ini, Khairil Anwar Suhaili Eddy pula muka sudah mula menjadi udang merah terbakar. Waktu seperti ini lebih baik saya perhatikan sahaja gelagat mereka. Tiba tiba whatsapp saya berbunyi “Saya sampai KK jam 6 petang, Jebat” rupanya daripada Ahim Rani. Untuk Bengkel Ahmad SalmanSuzieyana Mohamad Sha Noraynee Roslan macam bercakap sendiri sendiri pun ada jauh disudut sana. Alhamdulillah kelas paling happening adalah Kelas Agah Permadi yang cukup serius membincangkan mencari Ray Of Light di Kota Kinabalu.

CERIA

Bilik operasi sangat ceria kerana kehadiran Joel Mataro seorang jurufoto Street Photography daripada Manila, Filipina dan mereka sambut seperti semua yang datang ke pejabat itu sudah lama mereka kenali. Terkejut bila saya kembali ke pejabat mereka mengatakan Joel sama dengan rupa saya. Dalam keadaan tidak berapa sihat, terima kasih Abdul Rozak kerana prihatin dengan kesihatan saya pada ketika itu. Ahim sampai untuk bersama dalam keluarga KPF ini, cuma Ahim Rani agak teruja dengan Penginapan Toojou yang ada di sebelah Masada itu. Keceriaan masih saya lihat dimata semua AJK yang bertugas bersama. “Kita ready awal, malam ini kita ada Photo Book Show” pesan saya kepada semua AJK.

BUKU

Malam ini semua berkumpul di lokasi utama KPF untuk satu acara bersama Romi Perbawa berkongsi dan bersama dengan pengalaman tentang buku lama Rider Of Destiny dan yang paling baru sedang bakal dikeluarkan oleh beliau. Memang saya sudah kenal lama nama Romi ini yang banyak menjadi pembakar semangat jurufoto separuh masa yang nampak sangat menyengat diarena antarabangsa dengan isu disuarakan melalui foto dan foto bukunya. Semua Mentor ada pada waktu itu kecuali Ahmad Salman yang masih dengan diskusi bersama para peserta untuk persediaan akhir KPF. Banyak rakan hadir dan mendapat banyak info bagaimana dengan pendekatan buku Romi tersebut.

.

Kelvin Ah Kian yang juga sama bersama kami menjadi salah seorang collector foto buku yang akhirnya menjadi penyumbang maklumat berkaitan buku dalam sesinya tersendiri, kali terakhir Kelvin bersama kami adalah pada Kota Kinabalu Photo Week pada sesi yang serupa. Kali ini dia mengulas beberapa buat buku untuk pendekatan fotografi.

Dewan Bahasa dan Pustaka cawangan Sabah turut bersama dalam memberikan info berkaitan perkara berkaitan buku yang boleh menjadi panduan semua. Kerjasama dalam menjadikan foto.

Ditepi Auditorium, Kedai Gambar Abd Abd El-Salam sedia berkhidmat untuk membuat printing gambar para peserta yang bakal di review setiap kali malam tiba.

TEKANAN

Semua makin masam, semua makin cepat berjalan dan semua makin tebal hembusan asap vape bila berada diluar Masada. Muka yang mulanya hadir dulu penuh senyum kini ada tangis. Baru faham tidak semudah itu membuat tugasan seperti ini, perlu fokus perlu masa dan perlu tunjuk cara sebab akibat. Saya biarkan mereka dengan tekanan yang mereka hadapi sekarang, tanpa tekanan seperti ini kita tidak tahu bagaimana kita punya kemampuan menyelesaikan masalah.

No Pain, No Gain.

 

Cerita Hari Ke 7 KPF 7 Disember 2019

CEPAT

Hari yang ke 7 ini bukan sekadar cerita Supian Ahmad berkaitan siput babi yang ditemuinya tetapi segalanya bagai bergerak pantas tapi makin terbatas kena penat dari pelbagai sudut. Ada yang hilang senyum kerana tugasan belum diterima mentor. Ada yang senyum sampai ke telinga kerana tugasan sudah pun selesai untuk persiapan akhir. Sini barulah nampak betapa gembiranya mereka menghasilkan apa yang dikehendaki oleh mentor. Hati saya bersyukur salah seorang sahabat kami Atiqahatiqa Myrr bersama seorang yang dia panggil kawan yang kini menjadi suaminya dan bersama dua orang anaknya datang ke KPF mencari kami di pejabat operasi JPC. Terima kasih Atiqahatiqa Myrr yang setiap tahun datang memberikan doa dan sokongan untuk kami di KPF. Memang saya akui tercari cari Bumblebee kami semasa KPF2016 dulu. Cepat masa berlalu.

JALANAN

Malam ini kita berikan ruang kepada pengemar Street Photography berkongsi berdasarkan pengalaman mereka dalam bidang tersebut ini termasuk bersama Joel Mataro daripada Manila City , Filipina yang memang sangat meminat Street Photography di Manila. Dia juga datang ke KPF untuk belajar untuk membuat apa yang telah dilaksanakan oleh KPF sejak 2014 lagi sehinggalah kini. Abd El-Salam daripada Tawau yang memang juga menjadikan gelanggang Street Photography sebagai satu medan untuk mengasah komposisi turut dijemput berkongsi bersama yang hadir. Turut dalam cerita Street Photography ini adalah Yuzie Yusoff dimana hasilnya bermula bila bersama IPA Workshop di Kota Kinabalu
Dia juga membuat dokumentasi Bongawan sebagai kawasan asah matanya untuk Street Photography.

Kota Kinabalu & Invisible Photographer Asia

SEPARUH AKHIR

Saya bila balik Masada Bed & Breakfast mesti sukar saya mahu ungkap dengan kata kata wajah wajah mereka ini, jadi saya baitkan dalam bentuk puisi :-

Kemana senyum dulu
Bicara kian keras
Airmata makin tumpah
Hati kuatkah bertahan
Tugasan sekadar bayang bayang

Rakan lain tertawa
Rakan lain menyendiri
Rakan lain mundar mandir
dan aku disini masih dengan mata pena
entah apa yang mahu aku catat bila sudah habis
idea dan usahaku masih juga tertolak

Mungkin aku yang yakin
guruh dilangit
aku berlari mencari tadahan
rupanya aku sendiri tertidur
kesiangan hingga lupa
matahari tidak pernah menunggu aku.

Sepertinya sangat gembira hati bila lihat hanya Ag Shahrin Ag Ahmad sudah bersedia berlabuh tanpa Khairil Anwar Suhaili Eddy kami boleh memulakan perjalanan dulu sebelum irama malam bermula lagi. Mereka masih dengan sesi review foto yang boleh membuatkan tidak dapat lena semalaman malah kadang kedengaran dalam cerita tidur mereka. Esok pasti menjawap semua kesusahan ini. Bersabarlah.

 

Cerita Hari Ke 8 KPF 8 Disember 2019

HIJAU

Bila duduk seawal pagi dihadapan Masada Bed & Breakfast akan nampak hijau bumi ini, walaupun tidak semua bukit itu masih ada hijaunya. Hari ini akan siaplah segala tugasan sebelum jam 2 datang. Selamat datang ke Gaya Street, satu lokasi yang memang jadi tumpuan setiap minggu untuk karya Street Photography. Ditemani Awgku A. Fairuz yang cukup banyak info kalau bercerita dengannya. Hampir kalah Pakcik Google kalau duduk bersama dia. Terima kasih Pakcik Fairuz jadi teman seawal pagi melihat Gaya Street yang ada perubahan. Macam sibuk Dishah JailaniBoom Ninesix, Azhar dan Lan EfenDi untuk bersama Agah Permadi diatas bukit mencari Ray Of Light yang memang jadi trademark Agah Permadi II dalam berkarya. Memang dari awal lagi team Agah Permadi adalah team yang paling ceria dan santai dengan tugasan tapi bagi mereka yang tidak mengambil peluang untuk belajar sebaiknya sudah tentu akan terasa berapa KPF sudah 2 minggu berlalu pergi.

SELESAI

Team Taufan Wijaya mula berkumpul di Tingkat 9 untuk penyusunan akhir , sedih hati mendengar ada yang tidak dapat menyelesaikan tugasan sehingga akhir masa ini. Ini juga pendidikan buat yang terlibat, waktu, fokus dan segalanya pada penumpuan yang lebih utama. Team Shamshahrin Shamsudin juga berlari untuk siapkan semuanya. ada AJK yang membantu untuk penyusunan ini. Yang unik dan pastinya lain adalah Team Ahmad Salman dimana penyampaian mereka menggunakan powerpoint, ini memang salah satu cara yang berbeza ditampilkan oleh Ahmad Salman berbeza dengan 2016, 2018 yang lalu. Saya lihat satu persatu, wajah wajah dulu, ada yang sudah kembali senyum menarik nafas panjang dan selainnya berserah pada ilahi dengan penyampaian cerita melalui foto ini. Bukan semudah masuk kawasan ambil foto dan terus post di facebook jadi photo esei atau photo story.

Lewat petang mentor duduk bersama saya untuk membincangkan pencapaian peserta bengkel mereka, masih ada yang datang asal datang, masih ada yang mencari diri, masih ada yang menyusun cerita lain dan paling sedih masih ada yang tertidur kesiangan. Persaingan untuk memilih yang terbaik memang sengit. Namun Shamshahrin Shamsudin masih belum memberikan pemarkahan semua pesertanya. “Mungkin nanti malam dia akan berikan markah dan siapa yang terbaik” saya memberikan jawapan sendiri supaya tidak terpanggil untuk meminta berkali kali markah tersebut.

AJK sudah naik awal ke lokasi perasmian penutupan penangguhan Kinabalu Photo Festival 2019. Mereka sudah tahu apa perlu dilaksanakan kecuali Abd El-SalamYuzie Yusoff dan saya berada di pejabat operasi menunggu bahan akhir KPF19 daripada semua peserta. Ag Shahrin Ag Ahmad sudah awal naik. Media KPF Abdul RozakLucien Linus Armel Zai Zai II Awgku A. Fairuz juga menyiapkan persiapan akhir.

Saya sudah maklumkan “Siapa tidak siap tugasan, tidak perlu dipamerkan dan dipersembahkan hasil mereka dan sijil akan diberikan selepas tugasan tersebut dapat diselesaikan.”

TERIMA KASIH

Yes ! jam 8 malam tepat semuanya hampir selesai. Semua yang hadir sudah mula di berkumpul diruangan utama penutupan dan tidak sabar menyaksikan hasil tugasan 8 hari bersama KPF. Terima kasih Puan Moira David Timbalan SUT Kementerian Pelajaran dan Inovasi Sabah Mewakili YB Jeniffer Lasimbang Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah untuk perasmian penutupan.

Antara keputusan yang boleh dicatat sebagai ingatan adalah :-

Peserta Terbaik Bengkel Ahmad Salman
Suzieyana Mohamad Sha

Peserta Terbaik Bengkel Agah Permadi
Shahrul Mohd Zain

Peserta Terbaik Bengkel Shamshahrin
Rawellang

Peserta Terbaik Bengkel Taufan Wijaya
Fariz Faizal

Tanda terima kasih kepada AJK yang mengerakkan segala jentera KPF ini supaya berjalan pada landasan selalu.

AJK Perempuan Terbaik KPF19
Dishah Jailanii

AJK Lelaki Terbaik KPF19
Yuzie Yusoff

Wajah wajah peserta kembali ceria kerana tekanan yang dihadapi di tiga bengkel utama sudah pun tamat.

“Bukan semasa festival itu yang penting tetapi selepas festival itu yang lebih utama yang perlu diperhatikan” teringat saya pesanan Ahmad Salman kepada saya.

.

Rawellang
Banyak peristiwa yang menjadi ingatan bila hashtag #potongtangcorner disebut. Budak ini datang ke KPF hanya berbekalkan kamera pinjam, bayar pendaftaran juga sedikit sedikit bermula daripada hari dia diumumkan dapat mengikuti bengkel tersebut. Setiap kali membuat pemilihan gambar dan editing dia terpaksa menunggu ehsan sahabat sahabat JPC pinjamkan dia laptop. Memang tidak pernah terlintas untuk dia dapat buat semua ini tetapi cabaran itu yang saya mahu agar dia dan rakan rakannya dapat belajar sesuatu. Dengar daripada kakak dan abang senior JPC nya pun dia menangis setiap kali melihat nasib tugasannya yang berkali terpaksa bertukar tajuk, walhal mentornya sendiri sudah memperlahankan rentak untuk dia dapat faham dan supaya jangan terlalu lurus daripada pembaris tapi semangat juang ini yang perlu kita pelajari. Dia tidak “berhenti” tetap teruskan walaupun kaki sakit, tiada kamera, tiada laptop tapi yang saya belajar daripada peristiwa ini dia sentiasa tidak putus harap dengan doanya pada Allah untuk membantu dia. Malam penutupan telah mencatatkan yang memang rezekinya dengan sentuhan emosi yang dia tinggalkan dalam foto membuatkan mentor lain turut terasa kesannya dan terus membuat pecutan akhir memotong Supian Ahmad Khairil Anwar Suhaili Eddy Cliff jurufoto yang lebih berpengalaman daripada dirinya.

.

Grey Nana
Menguasai sentuhan potret seperti Agah Permadi bukannya satu perkara mudah apatah lagi dalam bengkel Ahmad Salman yang tidak suka jika pesertanya tidak fokus pada yang dikehendakinya. Walaupun pendekatan diptych yang diambilnya tetapi kesungguhannya menampilkan kelainan daripada sentuhan biasa menjadikan idea itu sangat berkesan. Dia menjadikan alasan orang yang membuat diptych itu sebagai playsafe sebagai satu alasan yang bukan untuk dirinya. Cara dia mengurus masa untuk mendapatkan foto yang diperlukan juga diambil kira. Dalam bengkel ini dia dapat membuat lighting, pengurusan masa, susunan, pengertian dan pendekatan serta setiakawan dalam rakan bengkelnya. Walaupun kadang ada perkataan “kabur” hadir daripada Alip Chan Abd Rahman memecahkan ketawa mereka semua.

.

Fariz Faizal
Jurufoto Pemerintah Malaysia ini sangat lemah lembut dengan semua rakan KPF sehingga saya ingatkan dia orang tabligh yang penuh dengan senyuman ikut bengkel tapi rupanya dia juga salah seorang yang terlibat dalam tajuk yang tidak diterima oleh Taufan pada hari pertama bengkel bermula. Namun orang positif seperti dirinya bangkit mendapatkan tugasan lain sehingga diterima dan memulakan pembikinan fotonya supaya jadi visual penceritaan. Kesungguhannya menjadikan dia dapat memberikan apa yang dikehendaki oleh mentornya dan sekurang kurangnya dia mengangkat hashtag #jurufotopemerintahmalaysia.

.

Shahrul Mohd Zain
Dia datang ke Kota Kinabalu dengan pelbagai cabaran apatah lagi bermula dengan delay kapal terbang dan hampir dia tidak mahu ke sini kerana kekecewaannya melihat penerbangannya yang tidak menentu. Semua sudah tertulis yang dia akan datang bersama kami mengenali keluarga KPF ini dari dekat. Hari berlalu pantas dia mula mengerti apa yang dia dapat dalam KPF ini, semangat yang banyak ingin tahu walaupun benda itu baru untuk dia tidak menghalang dia belajar banyak benda. Agah suka dengan kesungguhannya walaupun dia ketinggalan keretapi tetapi dia kejar dan tidak berhenti mendapatkan apa dia kehendaki. Pesaing terdekat adalah Ervin Moung yang sudah pun mempunyai sentuhan tersendiri dalam fotonya yang banyak membuat latihan seperti mana mula dia mengikuti bengkel Agah Permadi ini. Namun Shahrul tidak potong tang corner tetapi dia potong jalan lurus dengan melepasi garisan hanya untuk satu dua saat sahaja. Kesungguhannya merasakan diri dalam keluarga KPF ini juga dapat dirasanya oleh yang lain. Moga bila ternampak keretapi dimana sahaja di bumi Malaysia ini, kenangan di Beaufort akan jadi sesuatu yang membuatkan bibir Shahrul Mohd Zain tersenyum.

Kita belajar daripada pelbagai perkara dalam KPF ini, bukan hanya sekadar dalam bengkel menjadi peserta tetapi juga jadi AJK untuk jadi jurufoto yang dinamik yang boleh membuat pelbagai tugas. Itulah yang membezakan pendidikan fotografi ini bersama KPF bukan hanya sekadar foto. Teringat saya kata kata Rania Mj daripada mentornya Taufan “ditahap ini, berhentilah ambil gambar cantik” lihat dan fahami kata kata itu sedalamnya. Jika belum mengerti pergilah ke serata Festival yang ada di sekitar Asia ini untuk kita pelajari bagaimana foto kita boleh bersuara.

Saya ke Mustapha Maju mereka masih ramai disana, pelbagai cerita dan ketawa bersama mentor. Kota Kinabalu, 2 pagi waktu untuk merehatkan segalanya. Salam Bebayu Kinabalu.

Rindu , 2 minggu lalu seperti baru semalam.

 

Cerita Hari Ke 9 KPF 9 Disember 2019 – Hari Akhir

LIPAT

Sejuk pagi ini terasa bila sampai di airport menghantar Taufan Wijaya kembali. Pertama kali untuk Kota Kinabalu menjadi satu ikatan persahabatan yang sangat terkesan. Terima kasih Taufan, segala kekurangan ini menjadikan saya belajar.
Saya sampai di Masada Bed & Breakfast sudah bersiap sedia untuk kami hantarkan Abigael Ati Ahmad Salman dan Agah Permadi ke airport untuk flight seterusnya. Cepat sungguh masa ini berlari, rasa sunyi Masada makin terasa. Terlihat, Rania Mj sudah mula berlalu untuk menghantar Shamshahrin Shamsudin kembali. Dari kejauhan sebak hati dengan kembalinya kalian.

Dimeja utama Masada, masih ada AJK yang mengira dan bersedia mengemas KPF19 dan simpan dalam kotak kotak di Pejabat JPC sebaiknya. Makin kurang hilai ketawa mereka, tiada kedengaran meminta Yuzie Yusoff dan Mudasser Mubarak ambilkan makanan daripada Dapur Sinar Mustika, Bunyi printer Abd Abd El-Salam yang boleh bergerak dimana mana mengikut kehendak peserta, Bau cobra Muhammad Afif yang dapat dibendung kerana dia berada di bengkel Deny. Geng cuci kain Awgku A. Fairuz Boom Ninesix Dishah Jailani Armel Zai Zai II sampai pagi, bunyi irama Khairil Anwar Suhaili Eddy yang menjadi ringtone telinga selama setahun akan datang, Ketawa polis Wanwaris Ibrahim yang suka mengapai apa sahaja sehingga stokinnya hilang, Noraynee Roslan yang mula menjadi satu dengan geng geng sejiwa, Rawellang yang sana sini pun menangis, Perkataan ‘lighting’ yang jadi zikir baru Suzieyana Mohamad Sha, Keretapi dan Shahrul Mohd Zain menjadi catatan kenangan, Bisikan Cikgu Shamshahrin Shamsudin baik orangnya, Abdul Rozak Lucien Linus dengan livenya dimana mana, Bro Ahmad Safir A Gani yang petah bercakap seperti pengacara TV Awani, Supian Ahmad dengan Johnnya, team #jurufotopemerintahmalaysia yang ada gaya tersendiri semuanya sudah terlipat baik dalam ingatan kenangan dan menjadi doa silaturahim yang sangat hebat dalam keluarga kecil KPF ini.

Terima kasih 15 orang AJK yang seperti tentera Achilles sangat bersemangat dan kuat. Menolak KPF bergerak sehingga selesai. Kuatnya aura semangat kalian dapat dirasai semasa KPF berlangsung. Pengorbanan kalian menyebabkan peserta dan mentor dapat membuat tugasan dengan baik dan lancar. Dalam kepayahan, masih lagi kedengaran ketawa kalian kedengaran daripada bilik pejabat operasi JPC yang sederhana.

SIMPAN

Bila saya toleh belakang semua sudah pun tersimpan baik. 2014 airmata saya gugur di bahu Khairil Anwar Suhaili Eddy selesainya Kota Kinabalu Photo Week. Hari ini 2019 hati saya sangat bersyukur kerana mereka sudah makin dewasa dengan dunia pendidikan fotografi. Esok insha Allah saya akan buka kembali kotak KPF untuk kita terus belajar. Kita simpan dulu rindu silaturahim ini sehingga sampai waktu kita berkampung kembali. Bila kita berkampung usah ada cerita lain, usah ada laluan lain, usah ada kata lain, usah ada berita lain, cukuplah foto dan suara kita bersama dalam kampung ini. Supaya foto boleh merasai bagaimana jujurnya emosi kita.

Kalian pergi yang tinggal hanyalah doa, kata kata dan rindu. Salam sayang semua. “come as guest, stay as family”

Kinabalu Photo Festival 20
28 Nov – 6 Disember 2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *