Pulau 2020
2020 Kita Bertanya
Kinabalu Photo Festival 2019
Iphone X, Masa dan Pantas
jebatlegacy.my & Salam Maulidur Rasul

Iphone X, Masa dan Pantas

Mami , jangan lupa hadiah Eya iPhone X  untuk cemerlang UPSR tu” terdengar suara Adelia mengingatkan maminya. “ok sayang” balas maminya perlahan. Terkena dihati saya bagaimana teknologi telefon ini sangat penting sekarang di abad 21. Saya Adelia sendiri minta yang termahal untuk telekomunikasinya.

Iphone ini memang sudah menjadi ‘abg long’ dalam dunia telekomunikasi walaupun lawannya buka calang calang tetapi saya masih tidak pernah lihat peminat teknologi smartphone samsung atau asus yang sanggup tidur diluar kedai menunggu hari pertama smartphone mereka itu dikeluarkan tapi iphone ya ! rata rata seluruh dunia menunggu iphone dikeluarkan dan menjadi trending setiap kali generasi baru iphone dilahirkan.

Saya juga mulanya tidak terima yang iphone saja yang menguasai pasaran tetapi semasa melancong di Melbourne beberapa tahun sudah.Memang saya nampak rata rata masyarakat disana pakai iphone, “adui mana mereka yang pakai blackberry nie” kata hati saya.Sana mula saya bertanya siapa iphone sebenarnya? apa kemampuannya? siapa menjadi pendokong kejadiannya? ini bermain dalam benak saya beberapa tahun sebelum saya beralih ke iphone. 

Perasaan saya untuk menggunakan iphone semakin kuat selepas saya balik daripada Negara Brunei duduk bersama mereka Unplan Crew yang kebanyakannya menggunakan iphone ketika itu.Atas meja semasa itu semuanya iphone dan saya pakai blackberry.Memang saya jadi bahan mereka pada ketika itu.

Balik sahaja saya terus dapatkan info lebih dalam berkaitan iphone, bukannya susah.Kita tanya pakcik Google dia akan berikan info yang kita kehendaki daripada A hingga Z.Yang jadi tambah bersemangat ialah ada orang buat karya fotografinya menggunakan iphone 3Gs sahaja dan fotobuku yang dicetak itu habis dijual.

Akhirnya saya beli iphone, saya akui sebagai orang ICT memang Apple hasilkan sesuatu yang sangat tinggi nilainya kepada masyarakat.Benar kata orang “kita kena cuba, pegang dan rasa sendiri teknologi itu dengan diri kita sendiri baru kita dapat rasa apa yang kita perlukan”  

Alamak ! Saya tak kata Samsung atau jenama lain tak baik. Bagi yang suka dan sokong Samsung atau Asus atau Huawei tu teruskan, saya tak minta pun kalian tukar teknologi yang mungkin asing bagi kalian.

Generasi Adelia adalah masa dimana teknologi dan segalanya berada dalam format digital tidak kira pendidikan, perniagaan, wang ringgit dan kehidupan keseluruhannya.Itulah sebabnya mereka akan semua IPHONE X menjadi idaman.

Generasi kita adalah generasi yang melihat perubahan pendidikan, perniagaan , wang ringgit daripada asas kepada bentuk digital dalam talian.Malah dalam pendidikan sendiri sekarang kita berada dalam Gelombang Kedua melihat pemantapan sistem yang telah disusun.

Bagi generasi yang tidak pernah dengar Silicon Valley maka ini adalah benda yang jauh dalam hati mereka kerana mereka tidak terfikir yang dunia sudah berubah dengan begitu pantas seperti hari ini. Terus saya teringat Anas RA berkata , Rasulullah SAW bersabda , “Hari Kiamat tidak akan berlaku kecuali masa semakin singkat. Penyingkatan ini terjadi sedemikian cara seperti satu tahun yang berlalu seperti sebulan dan sebulan yang berlalu seperti seminggu dan seminggu berlalu seperti satu hari dan satu hari yang berlalu seperti satu jam dan satu jam yang berlalu seperti secepat kilat , ” (Tirmidhi , Zuhd : 24 , 2333) 

Masa yang dikatakan itu sudah tiba pun sebab kita tidak sedar yang kini setahun sudah hampir habis.Teknologi semakin cepat dan kita masyarakat juga ingin cepat dalam apa juga tindakan.

“Bang mat, ada sudah kedai kawan yang jual iphone X nie di KK” tanya Irwan mengejutkan saya.Saya jawap “sekejap saya google” wah cara saya jawap pun berbeza sudah.Kalau dulu saya akan jawap “sekejap saya call kawan”.Memang saya akui teknologi mengubah cara kita membuat tindakan.Segalanya hampir semua dihujung jari.

Iphone X perubahanmu menganggu mimpi 

Pendidik yang suka Apple

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *