Pulau 2020
2020 Kita Bertanya
Kinabalu Photo Festival 2019
Iphone X, Masa dan Pantas
jebatlegacy.my & Salam Maulidur Rasul

jebatlegacy.my & Salam Maulidur Rasul

Pertama saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Abdul Rozak yang juga ahli dalam kelab fotografi yang banyak membantu saya untuk mendapatkan hosting dan domain ini dan terus menjadi platform untuk saya kongsi cerita, pengalaman, rasa dan idea yang selagi ada dengan saya bernama Mohd Idremzizan Idris.

jebatlegacy ini merupakan nama pena saya dalam saya berkarya tidak kira fotografi,videografi dan apa juga seni yang boleh dikongsi bersama.Moga dengan jumaat sempena Maulidur Rasul ini menjadikan platform yang saya ciptakan ini dapat memberikan manafaat kepada masyakarat sekeliling saya.

Dalam fotografi saya lebih cenderung kepada photojurnalism, documentary dan street photography.Namun paling penting adalah mengembangkan fotografi melalui pendidikan supaya digunakan secara global bukan hanya melihat menjadi seorang jurufoto yang hanya mahu jadi jurufoto sahaja.Visi saya mudah iaitu anda boleh  menjadi jurufoto yang dinamik dapat melaksanakan pelbagai perkara dalam sesuatu masa tapi bukanlah mahu buat semua hal dalam satu masa.

Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya sehingga lahirnya jebatlegacy.my ini.Salam Maulidur Rasul semua, banyakkan sebanyaknya selawat keatas kekasih Allah Rasulullah Muhammad bin Abdullah.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *